Tips jauhi godaan nafsu makan

Friday, June 4, 2010

image

Senang aja..cuba jauhkan diri kita daripada snek ringan yang ada dirumah kita sekurang-kurangnya 1 depa. Sembunyikan terus dlm almari atau tak beli terus lagi bagus!

Dan, Sekiranya semasa makan,anda diajak berbual dgn orang sebelah, letakkan sudu dan garfu dulu then berikan tumpuan pd perbualan tersebut.

Memberi fokus sepenuhnya kepada perbualan secara tidak langsung mangalihkan sejenak tumpuan untuk kita terus makan.

Begitu juga semasa menonton televisyen, jangan mengunyah semasa menonton kerana sedar tak sedar, habis snek atau jajan kita makan kerna asyik menonton.

Kurus dengan menari!

Thursday, June 3, 2010

Tak tahu menari? itu tdk menjadi persoalan sekirannya u all ingin mengurangkan berat badan dan mendapatkan bentuk badan yang slim.

Caranya? Pasangkan lagu rancak dlm bilik dan gunakan imiginasi dgn menjadikan rumah sebagai pentas persembahan atau konsert.

image

Kajian menunjukkan mereka yang mempunyai berat badan yang mencecah sehingga 150 paun( lebih kurang 68 kg) berupaya membakar 5 kalori settiap satu minit dgn lagu rancak.

Secara puratanya,menari selama 20 minit boleh membantu membakar 100 kalori. Wuiii hebat tu….jom tunggu apalagi?…gerakkan badan,goyangkan badan sekarang!

Diet asas dengan air kosong

Wednesday, June 2, 2010

imageCubalah sekurang-kurangnya 8 gelas sehari segabai diet awal yang paling asas. Walaupun peranannya sering dipandang mudah,namun fungsinya sangan besar bagi tubuh dalam menyingkirkan toksik melalui sistem perkumuhan dan seterusnya memastikan buah pinggang sihat selain meningkatkan metobalisma badan.

Air juga 100 peratus bebas kalori, kafein, bahan kimia dan merupakan pilihan yg sangat ideal untuk menahan selera makan.  Cubalah!

Khasiat Timun mentah

Tuesday, June 1, 2010

Atau lebih dikenali sbg mentimun bersifat menurunkan suhu dlm badan, menurunkan KOLESTEROL dan tekanan darah tinggi, meningkatkan stamina serta memperlahankan proses penuaan.

image

Timun juga mengandungi 0.65% protein, 0.1% lemak dan 2.2% karbohidrat. Satu kombinasi yg baik untuk kesihatan kita!

Sambungan mengenai AURA.

Saturday, May 29, 2010

~ Jenis-jenis aura ~

Aura Eretik – Mencerminkan segalal keadaan fizikal termasuk daya tarikan seksual. Aura begini biasanya akan menarik perhatian org lain untuk memandangmu buat kali kedua.

Aura Emosional – Inilah aura dr dalam yhang memancarkan riak wajah atau perlakuan diluar kawalan. Contoh mudah,kita ketawa bila kita gembira.

Aura Mental – Menggambarkan kecerdasan dan pergaulan seseorang. Apabila kita pemalu, maka kita akan kekurangan kawan dan sebaliknya.

Aura Spiritual -  Aura yang mmeliputi leseluruhan aura. Umumnya setiap orang akan memiliki satu atau beberappa aura luuar yg lebih kuat berbanding aura-aura lain.

~ Formula ringkas nak menjernihkan aura dan membuatkan wajah kita berseri-seri. Jom ikut tips ni:~

senam * Bersenam – badan yg digerakkan secara aktif dapat menggalakkan aura eterik yg memancarkan daya tarikan seks. Patutla org yang bersenam nampak SEKSI sekali. Seebagai bonus, bentuk badan pun mmantap!

* Amalkan pola pemakanan-  Dgn makanan sihat, aura memancar dgn lebih jernih

meditasi

* Meditasi – Dapat menenagkan perasaan dan melenyapkan fikiran negatif dlm minda. Jika tak tahu caranya,just duduk diam dan hidu bau aromaterapi. Meditasi mengebangkan aura spiritual dan membuatkkan keseluruhan lapisan aura akan berkkembang.

nafas *Bernafas dengan betul- Cara yang terbaik adalah dengan menggunakan perut. Salah satunya pernafasan prana. Pernafasan cara ini akan menyerap tenaga dalam jumlah besar sehingga tingkat tubuh meningkat.

senyum

* Senyum – Secara logik senyum akan melatih otot muka hingga membuatkan mukka kita kelihatan manis. Tapi senyuman mmesti dtg dari hati yg ikhlas. Ia bukan sja memberi kekuatan pada wajah bahkan seluruh tubuh. Senyumlah pada org lain nescaya hatimu lebih tenang!

Aura

Friday, May 28, 2010

U all pernah tak bila tengok muka sipolan, kitta jadi lembut hati,mukanya manis saja padahal dia tidaklah secantik si polan lagi satu..tapi bila terpandangje dia,mata kitak tak kelip-kelip memandang..kenapa ye?

Ini dinamakan A.U.R.A! memiliki aura tak bermakna kita harus mempunyai kulit yg cerah,bibir yg munggil,hidung yg mancung,alis mata lebat mahupun dagu yg runcing.

auraYang penting kecantikan tu dtg dari dlm..ada masanya kita sendiri tak nampak kebihan aura pd diri kita. Nak ada aura? stay tune…i akan share apa yg i baca mengenai aura ni.

Senjata rahsia – Tanpa disedari,setiap wanita ada auranya sendiri. Tapi ada kalanya tersembunyi coz kita sendiri yang tak manfaatkannya. Contoh camni “aku dh bersolek pun tetap begini” Itulah pentingnya aura,tak bersolek tebalpun akan nampak cantik!

Bila ini yg u  all amalkan,percayalah,u all akan nampak baik dimata sesiapapun..percayalah!

Caranya? – Aura sebenarnya adlh pusat tenaga badan. Ia terbentuk drpd set pusat tenaga gelombang tinggi dan sensitiviti setiap makhluk bernyawa. Pancaran auralah yg sebbenarnya membuatkan org sekeliling kita menyedari  emosi kita.

Contoh jika kita sedih,muka yg monyok serta merta akan terpancar dan org lain akn tgahu kita dlm kesusahan.Contoh jika kita tengok member kita happy masa hari perkahwinannya,kita juga akan mmerasai sinar bahagia itu. tapi kalau difikirkan balik perkahwinannya tiada kena mengena dgn kita kan?ha itulah yg dinamakan AURA.

Semakin kuat atau jernih aura seseorang,maka makin besarla daya tarikannya. Jika kotor atau lemah aura seseorang,so makin kurang daya tarikan yg ada padanya.

So jgn banyak sangat fikir negatif,itulah yg melemahkan kita sebenarnya. AURA boleh dijernihkan dan akan membuatkan wajah kita berseri-seri..Caranya mudah! tak susahpun..Cubalah!

Bersambung……..

7 cara kekalkan tenaga sepanjang hari

Thursday, May 27, 2010

Sesetengah drpd kita selalu kekurangan tenaga even dh dapat tidur yang mencukupi. Sebenarnya selain mendapat rehat yang berkualiti, diet,rutin olahraga or pilihan gaya hidup menjadi penyumbang kenapa kita kerap kekurangan tehaga.

Nak besemangat sepanjang hari?meh ikuti TIPS ni :

1- Ambil serat ketika bersarapan – Kajian mengatakan dengan mengambil bijirin tinggi serat like Quaker oat,empeng jagung dapat kurangkan 10 peratus kelelahan dipagi hari.

2- Minum sedikit latte perlahan-lahan – Kafein dlm kuantiti yg kecil setiap beberapa jam sekali akan membuatkan kita tetap berwaspada dan fokus lebih lama.

3- Minum secawan teh – Teh berfungsi mengurankan keletihan mmental dan meningkatkkan kewaspadaan waktu reaksi dan daya ingatan. Teh hitam juga boleh mengurangkan stress!

4- Kerap makan – Selalunya mereka yang berdiet selalu skip waktu makan,pada mereka makan akan menggemukkan. Sebenarnya makan itu boleh tetapi dlm kuantiti yg kecil dan berulang-ulang. Tujuannya untuk memastikan kadar gula dlm darah sentiasa stabil. Bila gula dlm badan kurang,itu yg membuatkan kita kelihatan letih.

5- Minum air putih – Kurang minum air,akan membuatkan kita dehidrasi.At least ambillah 2000ml air sehari.

6- Jalan 10 minit – Ni yang semua org susah nak buat. Tapi percayalah, 10 minit berjalan akan membuatkan kita segar sepanjang hari dari orang yang bermalas-malasan.

7- Dengar muzik – Boring mengadap komputer sepanjang hari di tempat kerja? Dengarlah muzik kerna ia terapi yang paling banik untuk minda.